PENGENALAN

PENGENALAN PERAK NAZA BLADE OWNER CLUB 

             PERAK NAZA BLADE OWNER CLUB INI TELAH DITUBUHKAN PADA BULAN DISEMBER 2014 ATAS PERBINCANGAN RINGKAS SAUDARA KHARUL, AMY, AJAK DAN AZLEE. KELAB INI DIADAKAN BAGI MENGERATKAN HUBUNGAN SILATULRAHIM ANTARA SEMUA PEMILIK JENTERA NAZA BLADE KHASNYA  UNTUK ANAK JATI ATAU YANG MERANTAU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

             BAGAIMANA PUN KAMI MASIH MENERIMA MANA-MANA RAKAN DAN SAHABAT DARI NEGERI LAIN UNTUK TURUT SERTA BAGI BERKONGSI PENDAPAT, PENGALAMAN, PENJAGAAN RAPI DAN LAIN-LAIN HAL BERKAITAN JENTERA NAZA BLADE INI. ADMIN PERAK NAZA BLADE OWNER CLUB MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

             SEMOGA SEMUA AHLI PERAK NAZA BLADE OWNER CLUB INI AKAN LEBIH RAPAT DAN MENJALINKAN HUBUNGAN SEPERTI SEBUAH KELUARGA YANG HARMONI. SEKIAN, TERIMA KASIH.


 PERSOALAN DIMINDA ANDA MENGENAI JENTERA NAZA BLADE, KAMI SEDIAKAN MAKLUMAT ASAS JENTERA NAZA BLADE INI. SELAMAT MEMBACA.

* SEJARAH NAZA BLADE 


NAZA BLADE telah berada di parasn Malaysia sejak 2005 LAGI. Sejarah Model Blade 250/250R adalah keluaran Hyosung Motor Co yang berpusat di Korea Selatan yang lebih dikenali sebagai Comet 250/250R. (aku dengar di tiru atas motor Suzuki SV naked)enjin patented suzuki.. under license.. tapi buatan korea...Kemudian Naza bikes telah ambil model ni melalui perpindahan teknologi untuk kedua-dua model adalah melalui kerja sama antara NAZA Bikes dan Hyosung Korea.Model ini telah mengalami beberapa perubahan spesifikasi untuk memenuhi  permintaantempatandengan perubahan terkini dilakukan adalah spesifikasi mesin EFI (Elektronik Fuel Injection).Blade adalah motosikal yang menjimatkan minyak dengan kapasiti tangki yang boleh menampung 17 liter.





 * PRESTASI NAZA BLADE



Hilangkan sifat negetif ...model 250 tu bukan tak ok..kuasa maksimum sehingga 175 kilometer sejam..walaupun pun engin 2 cylinder dan berbeza compression ratio dan torque dengan 4 cylinder inline,di kira cukup kuat dan boleh dikatakan memuaskan.sebagai perbandingan Kawasaki Ninja ZXR250 
menggunakan enjin 4 silinder 16 valve memang lah kawasaki ninja ZXR250 memang lah lebih baik....

Lagi satu Jangan bandingkan moto besar versi neked dengan motor kecik ( kupcai macam Y135LC dan 125Z). Kalau Kupcai memang lincah di jalan raya ketika banyak kereta, sebab body kecik (Senang cilok), motor besar versi neked ni nak bawak kena lebih berhati-hati sebab body besar. jadi untuk jalan yang banyak kereta tak sesuai di bawa laju-laju. tapi cuba la kat hi-way…pecut 150km pun dah lain rasa… tok sah la nak cite 180km.. ke atas…


* ALAT GANTI DAN KETAHANAN

Tentang ni saya dah pastikan sebab saya pakai motor ni... Banyak sahabat kita yang berkemahiran dalam baik pulih motor ini. lagi satu kelebihan motor ini barang alat gantinya mudah digabungkan dengan alat ganti motor lain.Saya galakkan anda sertai sahabat-sahabat kita di media sosial contohnya di  Facebook.. Banyak kelab telah ada di Malaysia contoh yang paling ramai Facebook Naza Blade Malaysia, Facebook Naza Blade Community dan kelab kami di Facebook PERAK NAZA BLADE OWNER CLUB ini. 


Ade gak yang kata bila ianya buatan dari korea sudah pasti ianya tidak berkualiti tinggi. pakai lama sikit dah.. itu rosak ini rosak. Tapi bagi aku lah moto mane yang tak ada masalah..Mungkin kalau yang model lama tu ada lah masalah tapi kalau motor yang baru tu dah banyak Naza buat improved mengatasi masalah demi masalah.Tak ada engineer yang nak buat enjin bermasalah.Sikit-sikit tu adat la…


 Jentera Naza Blade Admin PNBOC. NZ250GTR.

3 ulasan:

  1. Kalu naza tahun 2008 masih berbaloi ke

    BalasPadam
  2. Trimakasih bagi ulasan dan semangat saye baru beli motor naza n5 250 ni mungkin ape2 masaalah bolehlh saye bertanye kut.

    BalasPadam
  3. Nak tnye sikit naza scurse 250 ade pakai tangki cooland ke??

    BalasPadam